JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI



 FIZIKAL:


Cerebral Palsy

  • Ketidakupayaan yang berlaku disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada  bahagian fizikal kanak-kanak. 
  • Seperti kecederaan otak, traumatik dan kecederaan tulang belakang. 

GANGGUAN KECACATAN SENSORI:


Ketidakupayaan pendengaran

  • Gangguan pada sensori kanak-kanak kewujudan batasan yang diperoleh daripada kewujudan kekurangan dalam beberapa deria yang membolehkan kita melihat media, sama ada luaran atau dalaman biarpun yang paling terkenal adalah penglihatan dan pendengaran.

KOMUNIKASI:


  • Masalah komunikasi terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa yang normal yang mengganggu kemampuan berkomunikasi. 

KOGNITIF:


  • Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran yang akan mengganggu kemampuan mereka untuk berfikir. 
  • Gangguan kognitif boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak, kesan sampingan ubat dan lain-lain.
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah atau kecacatan pada kognitif berkemungkinan mempunyai isu dengan tingkah laku, perhatian dan tidur.

PSIKOSOSIAL:


Hilang minat untuk melakukan sesuatu aktiviti

  • Masalah psikososial adalah merupakan gangguan pada mental dan emosi individu. 

  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah psikososial menghadapai masalah untuk mengadaptasikan diri dan mempunyai gangguan tingkah laku. 

  • Perubahan tingkah  laku yang berlaku adalah termasuk:

    • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan

    • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa

    • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan

Comments

Popular posts from this blog

MENANGANI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI