MENANGANI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI
1. KURIKULUM SECARA INDIVIDU
- Guru-guru sekolah rancangan khas dan guru pemulihan khas telah didedahkan dengan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
- Rancangan Pengajaran Individu (RPI) ini merupakan salah satu program kurikulum yang dijalankan secara individu dan bermakna.
- Program ini sangat sesuai dijalankan kepada kanak-kanak ketidakupayaan pelbagai kerana RPI dapat direka dan disesuaikan dengan minat, matlamat peribadi dan tahap penerimaan murid tersebut.
2. KURIKULUM TERAS BERMAKNA
- Murid-murid ketidakupayaan pelbagai perlu didedahkan dengan kurikulum yang sama dengan rakan lain yang normal.
- Menurut Downing, 2002; Fisher & Frey, (2001), tanpa pendedahan tentang kurikulum, murid ketidakupayaan pelbagai ini tidak akan mampu untuk belajar dengan baik serta tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenal pasti.
- Kumpulan dan pengamal pendidikan terutamanya pendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai objektif dan menentukan kurikulum yang bermakna bagi murid tersebut.
3. PENDEKATAN PENDIDIKAN KOLABORASI
- Kolaborasi dimaksudkan dengan kerjasama dan bermuafakat untuk mencapai sesuatu perkara dan matlamat.
- Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang sangat penting dalam pendidikan khas.
- Kolaborasi ahli professional seperti doktor dan keluarga amat penting bagi membantu perkembangan kanak-kanak ketidakupayaan pelbagai.
- Mereka dapat menikmati hidup yang selesa dan baik serta dapat bergaul dengan masyarakat seperti mana kanak-kanak lain.
- Menurut Noorafiza Ab Wahab dan Rosadah Abd Majid (2017), menyatakan bahawa Program Pendidikan Inklusif memberikan cabaran baru kepada guru-guru pendidikan khas dan arus perdana dalam pendekatan pengajaran yang sesuai kepada murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan pelbagai dalam kelas arus perdana.
- Guru pendidikan khas dan guru aliran perdana perlulah bekerjasama dalam merancang aktiviti pengajaran, menilai keperluan murid serta melaksanakan pengajaran dan menilai hasil pengajaran.
4. BANTU PENGAJARAN
BBM bagi mengajar matematik
- Pengajaran dan pembelajaran untuk murid ketidakupayaan pelbagai amat berbeza dengan murid normal.
- Terdapat enam komponen utama bagi menjalankan bantu pengajaran ini yang memerlukan perkhidmatan guru.
- Menurut Rabaah Abdullah et. al. (2021), menyatakan bahawa guru bukan sahaja perlu berjaya dalam bidang akademik, malah harus menguasai pelbagai bentuk teknik pengajaran sebagai menyahut cabaran kelas pembelajaran abad ke-21
5.PENGLIBATAN KELUARGA
- Memiliki anak dengan ketidakupayaan pelbagai merupakan satu cabaran besar dalam kalangan ibubapa yang terlibat.
- Membesarkan dan mengasuh anak ketidakupayaan pelbagai bukan perkara yang mudah untuk diatasi tetapi anak ini juga bukanlah satu bebanan buat keluarga.
- Ibubapa yang rasional dengan kehadiran anak ketidakupayaan pelbagai dapat memudahkan tugas mengasuh anak-anak demikian.
- Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid tersebut maka mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perubahan tingkah laku anak mereka.
- Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan Zaiton Sharif & Gunasegaran a/l Karuppannan (2017).
6. STRATEGI DAN MODIFIKASI
- Intervensi ini dianggap sangat penting untuk memberikan pendidikan yang inklusif kepada kanak-kanak MBK dalam persekitaran yang menyeronokkan dan menyeluruh.
- Antara contoh, menggunakan strategi atau teknik bercerita, latih tubi, menyanyi, lakonan, main peranan dan banyak lagi.
- Guru boleh mewujudkan aktiviti yang berpusatkan murid agar dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses PdP, menambah keyakinan murid dan dapat mewujudkan suasana kerjasama antara murid.
7. PENGURUSAN PERSEKITARAN
- Pengurusan persekitaran adalah lebih tertumpu kepada pengurusan fizikal bilik darjah yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif.
- Sekolah seharusnya menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang canggih.
- Susunan bilik darjah haruslah kondusif supaya dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
- Perabot serta alatan yang menghalang atau dapat membahayakan pergerakan murid haruslah diletakkan di tempat yang bersesuaian.
- Guru perlu membekalkan bahan bacaan yang berkualiti iaitu mempunyai cetakan yang baik dan besar agar dapat merangsang minat murid untuk membaca.
8.INTEGRASI SOSIAL
- Integrasi sosial bersama rakan sebaya adalah sangat penting dalam usaha membantu proses pembangunan sosial kanak kanak ketidakupayaan pelbagai.
- Integrasi ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap.
- Guru perlu memastikan murid berkaitan mempunyai rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
- Guru juga perlu mengintegrasikan rasa bertanggungjawab dalam kalangan murid dari sudut kebersihan diri dan kebersihan kawasan persekitaran.
Comments
Post a Comment