MENANGANI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI 1. KURIKULUM SECARA INDIVIDU Guru-guru sekolah rancangan khas dan guru pemulihan khas telah didedahkan dengan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Rancangan Pengajaran Individu (RPI) ini merupakan salah satu program kurikulum yang dijalankan secara individu dan bermakna. Program ini sangat sesuai dijalankan kepada kanak-kanak ketidakupayaan pelbagai kerana RPI dapat direka dan disesuaikan dengan minat, matlamat peribadi dan tahap penerimaan murid tersebut. 2. KURIKULUM TERAS BERMAKNA Murid-murid ketidakupayaan pelbagai perlu didedahkan dengan kurikulum yang sama dengan rakan lain yang normal. Menurut Downing, 2002; Fisher & Frey, (2001), tanpa pendedahan tentang kurikulum, murid ketidakupayaan pelbagai ini tidak akan mampu untuk belajar dengan baik serta tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenal pasti. Kumpulan dan pengamal pendidikan terutamanya pendidikan khas perlu bekerja...
Comments
Post a Comment