PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN

ALAT ICT YANG DIGUNAKAN DALAM KELAS PENDIDIKAN INKLUSIF


1. MOUTH STICK AND SLANT BOARD


  • Digunakan untuk individu yang mempunyai masalah dalam pergerakan tangan sama ada penggunaan lengan yang terhad atau tidak dapat menggerakkan tangan.
  • Ia boleh diubah suai mengikut kesesuai ketinggian dan keselesaan murid.

2. PORTABLE WORD PROCESSOR: ALPHASMART


  • Diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid.
  • Alat ini senang untuk dibawa kerana mempunyai saiz yang kecil dan ringan.
  • Ia juga mempunyai sistem penstoran fail, boleh dimuat turun kepada komputer menggunakan wayar dan ia juga boleh dicetak.

3. ADAPTED TAPE RECORDER


  • Ia boleh digunakan kepada murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan dan masalah pembelajaran.
  • Hal ini dengan mendengar kembali pengajaran yang diajar oleh guru mereka boleh membuat ulang kaji secara berkala bagi menguatkan daya ingatan mereka.

4. WINSFORD FEEDER


  • Alat ini dicipta khas untuk murid yang tidak sempurna anggota tangannya ataupun tidak mempunyai motor untuk menggerakkan bahagian atas tubuh badannya.
  • Ia dapat membantu untuk memberi makanan dengan memusingkan pinggan, mencedukkan makanan serta menyuapkan makanan.
  • Alat ini hanya memerlukan murid untuk menekan satu butang untuk menggerakkan suatu barang.

5. PRONE STANDER


  • Alat terapi fizikal yang disarankan untuk membantu dan membimbing murid yang mempunyai ketidakupayaan fizikal bagi menggalakkan pertumbuhan tulang serta perkembangan otot.
  • Murid menggunakan alat ini ketika mereka ingin melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaca buku, membasuh pinggan ataupun ketika sedang melukis.

Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI

MENANGANI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI