ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS




Menurut Berita Harian (2017), ia menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia lebih 5 tahun tetapi masih tidak boleh membaca dan mengeja suku kata mudah. Namun ibu bapa menggangap bahawa perkara itu adalah normal. Kanak-kanak yang mengalami Disleksia lazimnya sukar untuk membaca, tulisannya tidak kemas serta mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik.



Menurut Sinar Harian (2021), menyatakan bahawa dasar pendidikan khas nasional perlu ditambah baik dalam usaha menangani aspek pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, yang merupakan antara kumpulan rentan dalam komuniti. Profesor Madya Dr Hasnah Toran menuntut usaha menghubungkan kanak-kanak ini dengan latihan vokasional dan pekerjaan.



Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan 75 peratus murid berkeperluan khas (MBK) akan mendaftar dalam program pendidikan inklusif menjelang tahun 2025.



Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat sebagai satu usaha yang sangat efektif dalam memastikan golongan murid berkeperluan khas untuk bersaing dengan murid di arus perdana.



Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI

MENANGANI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI