RUMUSAN
RUMUSAN
Kesimpulannya, pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh ibubapa dan guru bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan pelbagai ini untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lancar. Murid-murid ketidakupayaan pelbagai tidak dapat untuk belajar bersama-sama dengan murid normal. Hal ini adalah kerana mereka memerlukan ruang khas dan didikan berbeza daripada murid normal. Selain itu, seharusnya diberikan sokongan tambahan daripada pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid ini sangat memerlukan perhatian yang lebih daripada kita. Di samping itu, panggilan seperti 'murid OKU' ini wajarlah ditukar kepada 'murid berkeperluan khas'. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam memastikan murid berkeperluan khas tidak tercicir dan diberikan layanan yang sama seperti murid normal.
Comments
Post a Comment